Jom Nengok Kehebatan Jeep Cherokee

Loading...

Sunday, February 14, 2010

Salam Perkhabaran...

Salam perkhabaran dari anak rantau...
Rasa-rasanya dah lama blog n tak di update,
Langsung tidak berkesempatan atau erti kata lain takde mase atau ikut bahasa radio agak QRL dengan tugasan...
Pada mana-mana rakan tu ambo mohon ampun mohon maaf insya-allah blog ni akan di update...

Pada kesempatan ini ingin saya ucapkan beribu-ribu tahniah pada mana-mana rakan yang telah berjaya di dalam Peperiksaan Radio Amatur sessi 2/2009, pada mereka yang gagal tu usaha lagi selagi masih ada peluang. Ha Ha lepas ni dah tak macam dulu 2 kali setahun kalau tak silap kawan 4 kali setahun, selagi ada peluang teruskan. Pada rakan-rakan yang akan mencuba CW TEST sessi 1/2010 semoga berjaya...

Akhir kata semoga suksess dalam apa jua bidang yang di ceburi...
Salam 7 3 dariku buat mu...

10 3... 10 7... 7 3... cerio...

No comments:

Sekilas Pandang...

Apa itu Radio Amatur???

Menurut Kamus Dewan, Radio Amatur bermaksud pemancaran atau penerimaan isyarat radio dalam julat khas untuk kegunaan persendirian. Secara umumnya radio amatur ini adalah perkhidmatan komunikasi untuk interkomunikasi, latihan diri dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen Radio Amatur.

Perkhidmatan Radio Amatur ini dikatakan telah wujud sejak 100 tahun dahulu berdasarkan catatan sejarah. Di Malaysia amnya dipercayai radio amatur telah memasuki sekitar tahun 1928 yang di bawa oleh 2 orang warga British.


Kini banyak terdapat Persatuan Radio Amatur di Malaysia dan pengguna radio amatur yang berdaftar.

Walaubagaimanapon penggunaan radio amatur adalah sebahagian daripada hobi selain bertukar pendapat serta maklumat malah ia boleh membantu pihak-pihak berkuasa dalam usaha mencari dan menyelamat. Disamping itu akan wujud satu ikatan ukhuwah silaturrahim dikalangan ahli-ahli warga amatur itu sendiri.



KOD ETIKA RADIO AMATUR

1 - Radio Amatur Berjiwa Perwira.
Secara sedar ia tidak akan menggunakan udara @ frekuensi untuk kesenangan peribadi sehingga menyusahkan orang lain.

2 - Radio Amatur Adalah Setia.
Ia mendapat izin amatur dari pemeerintah kerana organisasinya dan akan setia dan patuh kepada negara dan organisasinya.

3 - Radio Amatur adalah Progresif.
Ia selalu sesuaikan stesen radionya selaras dengan ilmu pengetahuan kini. Ia membuatnya dengan baik dan efisien menjaganya dengan bersih dan teratur.

4
- Radio Amatur Adalah Ramah Tamah.
Jika diminta ia akan menghantar berita denga perlahan dan sabar. Kepada yang kurang berpengalaman ia akan memberi nasihat, bantuan dan pertimbangan secara ramah tamah.

5 - Radio Amatur Adalah Berjiwa Seimbang.
Radio merupakan hobinya, ia tidak akan membenarkan hoobinya mempengaruhi kewajipannya terhadap rumah tangga, pekerjaan, persekolahan atau masyarakat sekitarnya.

6 - Radio Amatur Adalah Patriotik.
Ia selalu siap sedia dengan pengetahuan dan stesen radio untuk mengabdikan kepada negara dan masyarakat.


:- sumber Organisasi Radio Amatir Republik Indonesia (ORARI).

10 PERKARA BERKENAAN RADIO AMATUR...

1. Apakah itu Radio Amatur?
Radio Amatur atapun juga dikenali sebagai “Ham Radio” ialah hobi berkenaan membina, menguji-kaji dan berkomunikasi melalui radio.
Pengguna-pengguna Radio Amatur ini saling berhubung dengan rakan-rakan mereka seluruh dunia melalui beberapa set-set frekuensi radio yang telah ditetapkan.

2. Bilakah Radio Amatur bermula?
Sejarah Radio Amatur ini telah bermula semenjak perhubungan radio digunakan. Pada tahun 1912, Kongress Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di Amerika Syarikat. Bermula 1914, pengguna Radio Amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka. Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersil.

3. Apakah yang boleh saya lakukan
dengan Radio Amatur?

Tidak seperti teknologi perhubungan lain, Radio Amatur membolehkan anda berhubung dari mana-mana tempat, pada setiap masa! Pada waktu-waktu bencana, Radio Amatur amat berguna, terutamanya kepada agensi-agensi penyelamat. Pada ketika lain, anda juga kadang kala boleh bercakap dengan para angkasawan atau membalikkan isyarat dari bulan! Anda juga boleh menghantar fail ataupun gambar secara digital. Adakah hobi lain yang menyediakan sebegitu ciri sepertinya?

4. Saya sentiasa sibuk. Adakah saya
masih boleh menikmati hobi ini?

Sudah tentu! Hobi ini tidak terikat kepada sesuatu masa, tempat dan pendapatan seseorang. Memandangkan ianya mudah dikendalikan, ramai yang sentiasa sibuk mendapati ianya seronok digunakan dan mengurangkan tekanan selepas seharian bekerja. Anda dan juga keluarga anda juga boleh menikmati dan mempelajari hobi ini.

5. Apakah perbelanjaan yang
diperlukan bagi hobi ini?

Sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan satu TV 19 inci yang berkos rendah. Radio yang lebih besar adalah sama kosnya dengan satu komputer.
Selain dari itu, bahan-bahan pembelajaran berkenaan Radio Amatur adalah berpatutan dan yuran peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan juga adalah rendah.
Secara alternatif, sekiranya anda cenderung untuk menguji-kaji, seperti kebanyakaan pengguna Radio Amatur atau “Ham Radio”, anda boleh membuat unit “Ham Radio” anda sendiri.

6. Siapa yang boleh membantu saya?
Kelab-kelab Radio Amatur terdapat di seluruh Malaysia dan bersedia untuk membantu anda. Ada di antara kelab-kelab tersebut mempunyai halaman web yang mengandungi maklumat mengenai hobi tersebut. Salah satu contoh adalah halaman web Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia (Malaysian Amateur Radio Transmitters Society’s “MARTS”)

7. Bagaimana saya boleh menjadi
seorang operator Radio Amatur?
Hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat Radio Amatur. Bagi mendapatkan Sijil Perakuan, anda haruslah warganegara Malaysia berusia 14 tahun ke atas dan lulus ujian-ujian berikut:
- Ujian Teori Radio dan Kefahaman Peraturan Radio bagi Sijil Perakuan Kelas B; atau
- Ujian Kod Morse dan ujian-ujian teori dan radio di atas bagi Sijil Perakuan Kelas A.

8. Siapakah yang mengeluarkan
Sijil Perakuan itu?

Sijil Perakuan tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kepada mereka-mereka yang telah lulus ujian yang diadakan.
.
9. Adakah saya perlu membayar yuran?
Ya, Sijil Perakuan tersebut haruslah diperbaharui setiap tahun. Yuran tahunan bagi Sijil Perakuan Kelas A adalah sebanyak RM36 dan bagi Sijil Perakuan Kelas B, yurannya adalah RM24 setahun.

10. Apakah yang boleh saya pelajari
sebagai permulaan?
Anda boleh memulakan pelajaran anda dengan mempelajari fonetiks abjad yang digunakan oleh pengguna-pengguna Radio Amatur di seluruh dunia!

INTERNATIONAL PHONETIC CODE
A - Alfa
B - Bravo
C - Charlie
D - Delta
E - Echo
F - Foxtrot
G - Golf
H - Hotel
I - India
J - Juliett
K - Kilo
L - Lima
M - Mike
N - November
O - Oscar
P - Papa
Q - Quebec
R - Romeo
S - Sierra
T - Tango
U - Uniform
V - Victor
W - Whiskey
X - X-ray
Y - Yankee
Z - Zulu

The Q Code used by Amateurs
QRL - Frequency in use/buzy
QRM - Interference from other station
QRN - Interference from static/electrical equipment
QRO - High power
QRP - Low power
QRS - Send more slowly
QRT - Closing down
QRU - That’s all from me
QRX - Standby
QRZ - Who is calling me
QSL - Confirmation of info/QSL card
QSO - Contact between stations
QSY - Change frequency
QTH - Location

73 bermaksud Salam Mesra
– Apabila Operator Radio Amatur selesai berintraksi melalui radio, Operator lelaki akan menyebut 73 kepada Operator lelaki melalui peranti dengan suara atau menggunakan kod morse.
88 bermaksud Ciuman Mesra
Ditujukan hanya untuk Operator Wanita sahaja. Hi hi….